Thursday 14 February 2013

imanku

Imanku,
di manakah kau,
adakah kau di dalam hatiku????

Imanku,
tahap manakah kau sekarang,
adakah kau yang teratas di dalam hatiku????

Imanku,
seandainya kau di hatiku,
kau bantulah aku untuk menjauihi kemungkaran...


YA ALLAH,KAU SAHAJA YANG TAHU DI MANA TAHAP IMANKU....

Tuesday 12 February 2013

kata kata sayyidina ali

bismillahirrahmanirrahim....


= menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran..

=ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus di jaga,sedangkan ilmu menjaga    kamu

=bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap ALLAH...

=jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat..

Monday 11 February 2013

Dalam sujudku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum warahmatullah...



Dalam sujudku,
ku merasakan batapa rendahnya diri ini,
yang selama ini ku  angkuh,bongkak,sombong
di hadapan manusia yang lain...

Dalam sujudku,
ku menangis kerana banyaknya kekhilafan,
banyaknya dosa yang ku lakukan,
atas sebab kejahilan ku selama ini.

Dalam sujudku,
ku mengharapkan kau selalu ada utuk ku,
yang memerlukan sokongan dan bantuan,
untuk kembali ke pangkal jalan...

TUHANKU,BANTULAH AKU DALAM SUJUDKU
AGAR AKU BISA KHUSYUK DALAM SUJUDKU...